Pages

saranghae

saranghae

Tuesday, February 14, 2012

Tiap-tiap Bulan pun Bulan CInta & Berkasih Sayang

Ada apa dengan 14 Februari??

Ada yang saling bertukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mendendangkan lagu-lagu cinta dan asmara, menganjurkan upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan hanya disinari cahaya lilin, meluahkan perasaan di taman-taman bunga sehingga membawa kepada adegan berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada pasangan masing-masing sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah di sisi agama yang menghalalkan mereka berbuat demikian.

Bagi aku setiap bulan, setiap hari adalah hari berkasih sayang bukan sahaja pada 14 Februari. Kenapa perlunya mengagung-agungkan budaya luar sedangkan ada hari lain yang lebh afdal, perlu dan wajib diraikan dalam bulan ini iaitu Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang dilantik sejak 1440 tahun sebagai pesuruh akhir zaman dan penghulu segala nabi dan rasul.



Baca di SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut Fatwa tentang Hukum Islam Menyambut Hari Kekasih atau Hari Valentine bagi Umat Islam. Apa yang pentng bukan bagaimana kita menyambutnya atau seberapa besar hadiah yang kita terima tetapi keredhaan Alllah terhadap cinta kita itu yang paling penting. Tepuk dada, Tanayalh iman yang mana satu yang kita nak ikut.


No comments:

Post a Comment