Pages

saranghae

saranghae

Thursday, June 27, 2013

Hong Kong-Macau-Disneyland Trip Part 1

Tengah feeling2 layan lagu favorit aku dari Cakra Khan sambil-sambil nak bersihkan blog yang dah bersawang tebal ni. Baru aku perasan yang aku dah lama giler tak update blog. Tapi aku bukan nak cerita pasal lagu favorit aku ni actually aku nak story pasal percutian aku.

17 May 2013 (Jumaat)

Awal pagi dah bangun bersiap2 nak ke KLIA. Semangat berkobar2 almaklumlah nak gi Hong Kong. Iolsss teruja tau uolssss. Tunggu ateh dgn husband dia dtg jemput aku kat umah. Lebih kurang pukul 6.30am sampai KLIA terus cari geng2 Bas Sekolah yang dah sampai lagi awal. Selesai urusan check in kitorg pun breakfast kat Barbera Cafe.


Kitorg punyalah excited tunggu boarding time coz naik Airbus ohkeyyyyyy.....perghhhh!!! memang selesa uolllsssss dalam flight. Berbaloi untuk 4 jam penerbangan KL-HK.

 Nampak tak wajah2 ceria Geng Bas Sekolah dalam flight


Flight landed lewat 45 minit disebabkan kesesakan traffic di airport. Ecah (ank buah aku) dah tak tau duduk diam. Dia punya limit 2 jam je berkelakuan baik kat seat lepas tue dia dah jadi macam Royal London Sarkas kat seat tue.



Cuaca HK time kitorg kat sana lebih kurang cuaca kat Malaysia. Panas terik. Waktu HK sama macam Malaysia cuma pagi dia cepat terang dan petang cepat gelap. Hong Kong International Airport punyalah besar. Nasib dapat jumpa dengan ejen kitorg kat airport tue.




Hong Kong sangat bersih dan cantik. Teruja kitorg semua saat first time jejak kaki kat HK. Kitorang stay kat Hotel Empire Kowloon. Empire Kowloon terletak di Kimberly Road.sistem pengangkutan di HK memang superb dan sistematik. 




Hari pertama acara bebas so geng2 Bas Sekolah memang awal2 dah plan nak ke The Peak naik tramp. So Ketua Geng Bas sekolah dah siap2 beli tiket tram dan juga tiket ke Madame Tussaud secara online sebelum percutian bermula. Oleh kerana kitorang berenam so terpaksa naik 2 teksi untuk ke stesen tram tue and nak dijadikan cerita 1 teksi yang bwk 3 org Geng Bas Sekolah bersama2 kamera dah terus sampai ke puncak The Peak dibawak oleh drebar teksi tue. So aku dgn 2 lagi Geng Bas Sekolah tak dapatlah nak posing2 kat dalam tram sebab kamera takde and battery hp lak sudah kong. Aku pun bijak tak bawak galaxy tab aku so no picture. Agak rugi ye di situ.






Kat atas The Peak tue agak sejuk. Ada shopping kompleks. Atas tue ada jugak Hard Rock Cafe Shop. Geng2 Bas sekolah memang dah target nak shopping sakan kat HRC so memang situlah kami terjah dulu sebelum masuk ke Madame Tussauds.

Stop kat sini dulu. Nanti aku update kisah hari ke 2 kami di bumi Hong Kong.