Pages

saranghae

saranghae

Sunday, July 28, 2013

My 1st Experiment - Puding Kastard Jagung

This is my first entry kot during Ramadhan. Bukan taknak update blog tapi Ramadhan kali ni agak busy berbanding Ramadhan2 yg sebelum ni and Ramadhan kali ni aku agak rajin bereksperimen membuat kuih-muih melayu tradisional.

Entry kali ni aku nak share resepi Puding Kastard Jagung yang aku try buat baru-baru ni. 1st time try and menjadi memang semangatlah aku nak buat lagi kan. Resepi aku google then jumpa kat blog Dari Dapur Madihaa thx to blog owner yang berbaikhati mengsharekan resepi tersebut. 



Ini resepinya

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan:

1 tin jagung creamy
1 tin susu cair - Aku guna brand F&N
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad (aku guna jenama Nona)

Cara-cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil hinggalah masak (kental & berkilat)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Biarkan di luar sebentar dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dikeraskan kemudian barulah dipotong.


Senang sangat buatnya dan sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa.



Selamat Mencuba!!!!!!



Sunday, July 7, 2013

S.E.P.I

Ajarkan aku untuk selalu memiliki hati yang cantik. Tidak peduli meski orang-orang tidak pernah sekali pun menyadari kecantikan hati tersebut - Selamat Malam CINTA



Hong Kong-Macau-Disneyland trip Part II

18 May 2013 (Sabtu)

Hari kedua di bumi Hong Kong. Disebabkan terlalu keletihan dan badan tak berapa nak sihat aku dan ateh tak ikut trip yang dah diplan. Aku makan ubat dan rehat di bilik sehingga tengahari. Perut berkeroncong. Aku dgn ateh dah tak lalu nak makan maggi so kitorang decide nak keluar cari makanan halal. 

So sebelum nak keluar tu aku siap2lah google tempat2 makanan halal dan juga tempat menjual cenderahati berdekatan area Kowloon.

Turun lobi hotel mintak tolong dengan staff kat reception tue cmne nak pegi ke Haiphong Road. Kitorang amik teksi kat depan hotel terus straight ke Haiphong Road.Plan asal nak cari kedai jual souvenir last2 kitorg makan dulu. 

Lunch di  Mr Kebab. Kedai makanan Turki. Lokasi kedai ni betul2 di hadapan Masjid di Haiphong Road.



Muka2 orang tak sabar tunggu makanan



Ni Nasi Beriani Ayam yang aku order


Yang ni lak Nasi Goreng yang ateh order

Lepas makan kitorg pun start cari kedai yang dimaksudkan. Rupanya kedai tu dah tutup. Kedai lain lak yang ada kat situ. Agak kecewa gaklah kitorg. Alang2 dah sampai kat sana dan hari pun masih siang lagi kitorang pun jalan2 sekitar area City Harbour. Kitorang tak masuk pun shopping complex kat situ. Sekadar amik gambar kat luar je. Kat City Harbour ni penuh dengan gedung2 barangan berjenama seperti Fendi, Longchamp, Armani etc.



Nak dapat teksi agak payah kat area ni sebab kawasan ni agak busy dan ramai pelancong. Sepanjang pengamatan aku warga HK ni jenis yang cepat. Kagum tengok dorang berjalan laju2 di celah2 manusia yang ramai di sepanjang jalan. Kitorg lak pening tengok. dapat teksi kitorang terus gerak balik ke hotel. Nasiblah ada map yang dibekalkan oleh reception hotel. Dah bagi map pun driver teksi ni boleh sesat hantar ke hotel lain.

Sampai hotel dalam pukul 7 lebih. Naik bilik terus mandi. Perut pun masih kenyang lagi so aku dgn ateh decide nak layan tv jelah. Lagipun kitorang ingat nak tido awal sebab awal pagi esok gerak ke Macau.

Okey nanti aku sambung part III jalan2 ke Macau..........

Friday, July 5, 2013

Ketika Hati Memanggil Ada Rasa Merindu Akan Cinta

Aku punya pilihan?
Nyata aku tak punya
Habis kemana harus ku adukan resah hati?
Bilamana kau tidak lagi sudi mendengar
Hatiku luka namun ada kau peduli?
Tidak dan tak akan pernah

Harus aku bagaimana?
Kemana lagi harus ku adukan?
Aku berlari deras dan terus berlari tanpa menoleh ke belakang
Kerna takut ditinggal mentari



Ku terus mendongak sambil berlari agar ku tak hilang jejak mentari

Hingga di satu saat kakiku tersadung akar di tanah
Tersembam aku ke atasnya

Terasa perit dan sakitnya namun aku tak lepas dari memandang mentari
Aku bangkit dan mahu mengejar mentariku
Tunggu!!! Jangan pergi tanpa pamitan selamat tinggal
Ahhhh!!!! Mentari itu tetap pergi dan tak menunggu aku walau sedetik pun

Hmmm…aku kecewa lagi…aku sudah hampir ke dada langit menggapai mentariku
Namun mentariku tak sedikit pun sudi menungguku
Terlepas genggaman jemari pandangan
Bukan terlepas tapi mentariku yang melepaskannya

Lelah ku berlari menggapai tanganmu
Kau jauh dan semakin menjauh hilang di balik gunung dan awan

Pergilah andai itu yang terbaik buatmu
Aku di sini tetap setia menanti 
Kerna……

Ketika hati memanggil ada rasa merindu akan Cinta