Pages

saranghae

saranghae

Sunday, July 7, 2013

Hong Kong-Macau-Disneyland trip Part II

18 May 2013 (Sabtu)

Hari kedua di bumi Hong Kong. Disebabkan terlalu keletihan dan badan tak berapa nak sihat aku dan ateh tak ikut trip yang dah diplan. Aku makan ubat dan rehat di bilik sehingga tengahari. Perut berkeroncong. Aku dgn ateh dah tak lalu nak makan maggi so kitorang decide nak keluar cari makanan halal. 

So sebelum nak keluar tu aku siap2lah google tempat2 makanan halal dan juga tempat menjual cenderahati berdekatan area Kowloon.

Turun lobi hotel mintak tolong dengan staff kat reception tue cmne nak pegi ke Haiphong Road. Kitorang amik teksi kat depan hotel terus straight ke Haiphong Road.Plan asal nak cari kedai jual souvenir last2 kitorg makan dulu. 

Lunch di  Mr Kebab. Kedai makanan Turki. Lokasi kedai ni betul2 di hadapan Masjid di Haiphong Road.



Muka2 orang tak sabar tunggu makanan



Ni Nasi Beriani Ayam yang aku order


Yang ni lak Nasi Goreng yang ateh order

Lepas makan kitorg pun start cari kedai yang dimaksudkan. Rupanya kedai tu dah tutup. Kedai lain lak yang ada kat situ. Agak kecewa gaklah kitorg. Alang2 dah sampai kat sana dan hari pun masih siang lagi kitorang pun jalan2 sekitar area City Harbour. Kitorang tak masuk pun shopping complex kat situ. Sekadar amik gambar kat luar je. Kat City Harbour ni penuh dengan gedung2 barangan berjenama seperti Fendi, Longchamp, Armani etc.



Nak dapat teksi agak payah kat area ni sebab kawasan ni agak busy dan ramai pelancong. Sepanjang pengamatan aku warga HK ni jenis yang cepat. Kagum tengok dorang berjalan laju2 di celah2 manusia yang ramai di sepanjang jalan. Kitorg lak pening tengok. dapat teksi kitorang terus gerak balik ke hotel. Nasiblah ada map yang dibekalkan oleh reception hotel. Dah bagi map pun driver teksi ni boleh sesat hantar ke hotel lain.

Sampai hotel dalam pukul 7 lebih. Naik bilik terus mandi. Perut pun masih kenyang lagi so aku dgn ateh decide nak layan tv jelah. Lagipun kitorang ingat nak tido awal sebab awal pagi esok gerak ke Macau.

Okey nanti aku sambung part III jalan2 ke Macau..........

No comments:

Post a Comment