Pages

saranghae

saranghae

Monday, October 28, 2013

Hong Kong-Macau-Disneyland Trip Part III

19hb Mei 2013 (Ahad)

Pukul 6 pagi aku dah bangun. Siap2 mandi dan breakfast. Breakfast maggi aje pun. Hari ni kitorang akan berada seharian di Macau. Okey sebelum aku sambung cete, Geng Bas Sekolah yang lain2 semalam berjalan sakan uollssss. Pukul 11 lebih baru dorang balik hotel. Iollssss jeles!!!!



Ok sambung cete. Pukul 7.30 kitorang dah siap2 tunggu Mr. Yap kat lobi hotel. oh ya! Mr. Yap adalah ejen yang uruskan trip ke Macau. Bas memang punctual. Pukul 7.45 dah sampai. Selain daripada group weollssss ada dalam 7 orang lagi tourist masing-masing dari Philipine, Mexico dan Taiwan.






Mr. Yap uruskan pembelian tiket pergi dan balik. Kemudian selesai urusan di imigresen weolsss pun gerak naik feri ke Macau.Kitorang naik feri dari hentian di Kowloon. Perjalanan dari Kowloon ke Macau mengambil masa lebih kurang 1 jam. Feri ni selesa.

Sampai je kat Macau, wakil dari travel agent dah tunggu kitorang. Naik bas. Terus dia bawak we olls semua pusing2 kat old Macau. Melawat apa yang patut. Lunch dia bawak rombongan we olls makan buffet kat hotel. Dia siap cakap dengan kitorang lunch no pork. can eat chicken, fish. Gila ko nak makan ayam.



Dah lepas lunch ada ahli dalam rombongan kitorang yang nak gi berjudi. Sapa yang taknak gi berjudi tue guide tu akan bawak ke factory outlet tapi geng bas sekolah decide nak ke Taipa coz we olls nak ke City of Dream atau lebih tepatnya nak ke kedai Hard Rock Hotel Macau. Masa tak banyak. Kitorang decide nak amik teksi tapi drebar teksi tak boleh berbahasa inggeris so dorang tak faham apa yang kitorang cakap so kitorang pun mintak tolong staff kat hotel apa tah untuk arrangekan van untuk kitorang. Sewa van tue dalam HKD500.



Inilah dia van kitorang sewa tue. Drivernya perempuan cina yang tak tau berbahasa inggeris.

Shopping sepantas yang mungkin di HR Hotel then terus shoot ke Jeti Terminal sebab kitorang amik feri pukul 5 petang. Perjalanan balik ke HK semua pun senyap sebab kepenatan. Sampai di Terminal Feri Kowloon, Mr Yap dah tunggu untuk hantar kitorang balik ke hotel. Kitorang excited tunggu esok pagi coz nak meneroka ke DISNEYLAND!!!!!!

Well tunggulah bila free akan sambung penerokaan ke Disneyland...........




No comments:

Post a Comment