Hari ni Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan rumah terbuka di laman Twitter dan Facebooknya. Rumah Terbuka?? Hahahaha maksudnya sesi soal jawab atau Q&A Session khas untuk rakyat Malaysia.
Sesi soal jawab petang tadi diadakan selama 2 jam bermula dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang (pada awalnya sesi ditetapkan dari jam 4.30 hingga 5.30).
Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib
hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan #fb
Melalui sesi soal jawab itu dapat memberi peluang kepada rakyat untuk bertanyakan apa jua soalan kepada PM kita daripada sekecil-kecil isu hinggalah isu-isu yang serius tetapi ada juga pengguna laman sosial ini yang kurang bijak dengan mengajukan soalan-soalan yang kurang cerdik dan juga bahasa yang digunakan agak kesat dan mencerminkan kekurang sopanan rakyat Malaysia.
Mungkinlah mereka-mereka itu tidak menyokong PM tapi sekurang-kurangnya haruslah punya sedikit rasa hormat kepada beliau kerana beliau adalah Perdana Menteri Malaysia unless lah kalau korang-korang tue bukan rakyat Malaysia.
Follow @MazniM
No comments:
Post a Comment