Pages

saranghae

saranghae

Friday, December 23, 2011

spider - kita satu




Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan


c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..

Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

ADIRA - LaRa LaGi

Sunday, August 21, 2011

Yeayyyyyyy Chelsea Menang

Alhamdulilah tenet skang dah ok. Aku dah campak Sg Kelang broadband celcom yang semak tu. Sekarang aku dah guna Unifi. Perghhhh!!!! Jadi jakun aku jap sebab Unifi laju giler. Yelah mana pernah guna tenet yang laju2 ni. Selalu asyik loading cam kura-kura so bila dapat yang pantas macam tunder ni jadi excitedlah kan.Dah bolehlah aku rajin2 update blog dan blogwalking kat blog kamu2.

Demam EPL dah bermula minggu lepas. Menyaksikan permulaan daripada team kesayangan aku Chelsea yang tak berapa memberangsangkan. hanya mampu seri je tapi game tengah malam tadi buat kami peminat-peminat The Blues tersenyum lebar sebab team kesayangan aku menang menentang West Bromwich Albino. Gol2 sumbangan Anelka & Malouda. tetiba aku rasa Anelka dengan Malouda macam hensem je huhuhu

Dah2 aku nak stop. Nak gi layan Youtube lak.


Chelsea FC Song - Blue Day

Saturday, August 6, 2011

Promote Jap

Salam Ramadhan.

Entry kali ni aku nak promote page Mr. BF aku. Dia bisnes segala jenis jersy. So kalau korang2 nak cari jersey kelab-kelab terkemuka eropah ataupun jersey Harimau Malaya bolehlah jengah page ni ye Football Mania Jersey Store

Harga cun2, barang2 pun quality tip top. Bolehlah kalau nak beli untuk diri sendiri ataupun sebagai hadiah untuk yang tersayang.


Saturday, June 18, 2011

Bila Cemburu tandanya sayang.....


Kalau sayang dan cinta memang perlu cemburu ke? Kalau tak cemburu maknanya tak sayang ye? Tapi macam mana lak kalau cemburu tahap dewa tingkat tertinggi? Tupun cinta dan sayang gak ke? Macam mana lak kalau langsung tak cemburu? Adoiiii serba salah ni perasaan aku jadinya. Sebelah kata perlu cemburu sebelah lagi kata jangan cemburu. Tapi aku rasa setakat ni perasaan cemburu aku ni masih terkawal.
Tapi kadang-kadang hati aku ni over sangat. Selalu kepikiran yang enggak-enggak. Ada je setan yang dok hasut hati aku yang membuatkan cemburu pun terbit tapi aku rasa mungkin factor pengalaman yang lepas yang membuatkan aku jadi macam tue. Menjadi seorang yang agak cemburu lebih dari dulu. Kalau dulu aku macam tak kisah kalau ex bf aku nak keluar dengan sape pun sebab pemahaman aku time tue at the end of the day dia akan balik kat aku jugak tapi tersilap ye sebabnya dia end up kahwin dengan awek lain. Padan muka aku. So aku taknak banana fruits two times.
Cuma perasaan aku ni kadang-kadang jahat. Ada je benda yang aku risaukan tapi sebenarnya tak sepatutnya aku risau pun. Kadang-kadang hal-hal remeh pun boleh buat aku kecik hati. Contohnya sape yang sms dululah, xreply I love u lah huhuhu memang macam bebudak kan tapi boleh jadi isu jugak bagi aku tau :p semoga dia tak rimas dan lemas dengan semua tue. Bagi aku itulah warna-warni dalam perhubungan. Yang menceriakan hari-hari kami. Sesungguhnya aku sayang dia.


Terima kasih sayang kerana membawa warna-warni pelangi dalam kehidupan baby…..
i love u more than yesterday and tomorrow and the day after tomorrow and forever…..





Thursday, June 9, 2011

Aku merapu lagi

Adehhhh tak tau nak update apa. Blog pun dah berhabuk, bersawang segala bagai. Betullah kata member aku tulis blog ni bermusim. Bila time rajin sehari sampai 5,6 kali update blog tapi bila datang time malas mahu makan tahun blog terbengkalai. Aku bukannya malas tapi sebab internet aku sangat laju tu yang buat aku pun sangat rajin nak update.

Aku sebenarnya tak sabar tunggu kedatangan bulan July. Dok menghitung hari je skang ni.Tak sabar nak tengok my favorite team secara live. Yeahhhh!!!! Its time for CHELSEA FOOTBALL CLUB TOUR 2011. Dulu time Man Utd datang aku sibuk2 gak pegi. Sebab nak tengok Beckham je dan memang dapat tengok pun Beckham sebesar semut je kt atas padang tue huhuhu  mintak2lah kali ni aku dapat tengok Buah Hati aku tue dalam jarak yang agak dekat...teruja giler ni.....agak2 ada ke autograph session nanti eik??? Hmmm jangan kempunan dah le....










Wednesday, April 27, 2011

Si Dia lebih Muda???


Korang kisah tak kalau Soulmate korang muda dari korang ke korang ni jenis tak kisah? Hmmm….aku ni dulu kisah sangat-sangat kalau dapat buah hati muda dari aku. Alasan aku – Lelaki muda ni tak serius, tak matang. Banyak main-main dalam perhubungan. Dulu aku akan pastikan yang aku ni takkan jatuh cinta dengan lelaki yang muda dari aku walaupun muda setahun je dari aku. Aku akan cari lelaki yang kononnya matang, sebaya atau pun tua dari aku.

Tetapi persepsi aku terhadap isu ini berubah sekarang. Kuasa Allah memang kita tak boleh nafikan. Aku jatuh cinta dengan lelaki yang muda 5 tahun dari aku. Aku ulangi ye 5 tahun muda dari aku. Aku 33 tahun dan dia 28 tahun. Hmmmm….camne tue? Pada awalnya memang aku tak harapkan apa-apa pun dari perkenalan aku dengan dia. Bermula dengan mendengar masalah dia yang baru putus cinta pada masa tue. Kemudian berbalas-balas sms dan akhirnya terbit rasa sayang. Lupa seketika aku yang Si Dia sebenarnya muda dari aku. 

Tapi aku dah tak kisah dah sekarang. Apa orang nak cakap aku dah tak peduli. Bagi aku perasaan dia dan perasaan aku yang paling penting. Dia boleh terima aku seadanya dan bersedia menerima kekurangan aku buat aku lebih bersyukur dan menghargai dirinya. Kematangannya yang membuat aku jatuh cinta.   

Buat My “Prince Southern Cancer” just wanna let you know that I Love You more and more everyday. I don’t care what other people said. You’re the best things that I ever had. 


Sometimes I sit and wonder if I’m doing the right thing. Then I realize if loving you is wrong…..i don’t wanna be right










Tuesday, April 26, 2011

Taadaaaa.......





Assalamualaikum guys.....

Sesungguhnya aku sangat2 rindu kt blog aku ni. Dah berbulan aku tak update kat sini. Banyak yang nak dikongsi tapi line internet sangat cemburu dengan aku sehinggakan aku terpaksa melupakan sekejap blog kesayangan aku ni.

14 April yang lepas ulangtahun kelahiran aku. Dah bertambah setahun usia aku. Matang ke aku?  Entah. Birthday kali ni aku diraikan dengan 1 suprise birthday party di TGI Friday's oleh my beloved friends. Terharu giler wehhhh!!! Ingatkan dah tua2 ni org dah tk ingat birthday aku rupa2nya masih ada yang sayang.

To all My Angels Thanx a lot for the suprise. I really appreciate that. Tahun depan panjang umo celebrate lah lagi hehehehe.......















Thursday, March 17, 2011

We did it to Quarter Final!!!!! - Keep The Blue Flag Flying High!!!

Yeayyyyy mara ke suku akhir dengan aggregat 2-0.  Walaupun game pagi tadi sekadar seri 0-0 tapi hati tetap puas. Agak2nya jumpa dengan team mana lak eik nanti??? 

Aku hampir2 terbabas gak pagi tadi. Tido memang syok tapi demimu Chelsea ku gagahkan juga untuk bangun....Chewahhh!!!! Game pagi tadi memang agak mengecewakan. Kalau ikutkan sebenarnya banyak gak peluang yang dah dilepaskan untuk mencipta goal. Ikut hati memang panaslah. Berbakul2 gak aku menyumpah player2 pagi tadi lebih2 lagi Si DD huhuhu yelah kita yang menonton memang sedaplahkan bercakap tapi dorang yg main kt tengah2 padang tue je yang tau  situasi sebenar. 

Aku layan sorang2 je kat umah tp tetap meriah smpai Mak aku pun asyik kuar dari bilik je sound aku suh slow sikit hahaha.....nantilah bila ada game yang awal aku try join MBA KL berlive screening kat MC D Jalan Pahang. 

Hopefully game pagi Isnin nanti (klu tk silap aku le) bertemu dengan Manchester City akan gempak. Tak sabar rasanya nak tengok CFC memanjat satu lagi anak tangga ke atas. 


Yeayyyy We can do it b'coz we're The Blues Army!!!! 
Keep The Blue Flag Flying High!!!!!!







Jalan Jalan Cari Makan - Melaka

Muka lapar masing masing tp maintain gak posing punya pasal
Jalan jalan cari makan di Melaka. Memang terbaik. kitorang dinner di Perkampungan Portugis. Nak ke tempat tue siap sesat bagai tp berbaloi baloi sebab makanan sedap pastue murah lak tue. 

Perut dah kenyang apa lagi posing time le


Tengahari keesokan harinya kitorang lunch kt Asam Pedas Selera Kampung. Memang terbaiklah. Asam pedas dia memang power rangers & murah.

Lunch time

Tido kat sini






Tuesday, March 15, 2011

WISHLIST FOR MY BIRTHDAY 2011

Cerita banyak2 pun tak guna. Let's picture do the talking cewahhhh







Monday, February 14, 2011

Erti Sahabat


Erti Sahabat adalah seperti cat yang mewarnai kehidupan kita dari yg hanya hitam putih menjadi lebih berwarna
Erti Sahabat adalah orang yg kamu sakiti dan juga memaafkanmu dalam waktu yang sama
Erti Sahabat adalah orang yang tetap mencintaimu di saat kamu merasa tidak dicintai; yang tetap di sampingmu di saat kamu merasa sendiri
Erti sahabat adalah mereka yg tahu kelemahanmu, namun menunjukkan kekuatanmu. 
Mereka yg merasakan ketakutanmu, namun menunjukkan keberanianmu
Erti Sahabat adalah mereka yg selalu ada di sampingmu, ketika kamu sakit tuk melihat ke belakang atau takut tuk melihat ke depan
Erti Sahabat adalah bukan tentang siapa yangg paling lama berada dekat denganmu tapi siapa yg mengerti dirimu melebihi dirimu sendiri
Erti Sahabat adalah mereka membenarkan yang benar, menyalahkan yang salah, selalu memberikan yang terbaik
Erti Sahabat adalah mereka yang menyediakan waktu, telinga, dan pelukan ketika kita memerlukannya
Erti Sahabat adalah mereka yang mengerti masa lalumu, percaya pada masa depanmu, dan menerima kamu apa adanya


Sumber dari : Twitter Pepatah 








Friday, February 11, 2011

Taaaadaaaaaaaaaa!!!!!! Penyertaan Contest Pertamaku Kehkehkeh

First time nak join contest dan seumur hidup aku berblogging nilah kali pertama aku join contest. Sebab apa aku nak join contest ni? entah aku pun tk tahu. Penganjur contest nye FiqKBE

Puas le aku geledah lappy aku ni nak cari my splash moment picture untuk di hantar ke contest ni at last aku jumpa picture yang kiut miut ini

hahaha ini picture anak buah aku yg paling latest sekali Izzati Ameelia (3 bulan). Picture ni first time dia mandi pool. Lokasi : kat Citrus Hotel KL. Oleh kerana aku ni buta bab edit mengedit so terima jelah picture yang suci lagi masih dara ini ngehngehngeh

Korang kalau nak tahu terms & conditions utk contest ni klik je kt SINI atau kt TERMS & CONDITIONS bwh banner ni

Terms & conditions
Satu lagi syarat contest ni akukena tag at least sorang rakan blogger hmmmm....sape eik aku nak tag...jap pikir jap eik.....oklah aku tag Cik Puan Anastasyea sebab aku rasa aku nak tag le huhuhu.....

Sahabat Untuk Aku


Tak semua orang boleh dipanggil Sahabat. Sahabat itu adalah seseorang yang paling istmewa dalam hidup kita, yang menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka, yang memahami kita, yang bersedia menegur kesilapan kita, yang takkan membiarkan kita sendirian menjalani dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Untuk mdapat sahabat yang baik kita sendiri pun kena pastikan yang diri kita mampu menjadi sahabat yang baik 






COACH For Sale

COACH Shoes
Size 6
RM200 (not include postage)

Korang kalau ada yg berminat beli bagitau aku eik. Ada sepasang je lagi.

Sunday, February 6, 2011

Aku baru belajar guna TUMBLR

Aku baru belajar berjinak-jinak dengan TUMBLR. Korang kalau ada TUMBLR sudi-sudilah follow aku nanti aku follow korang balik. Best gak guna TUMBLR ni tapi banyak yang AKU masih tak tau lagi.




MAN UTD Kalah???? Betul ke???

Pagi yang menggembirakan buat aku hari ini apabila melihat KEKALAHAN team pendahulu liga MANCHESTER UNITED kepada team yang TERCOROT dalam kedudukan liga 
WOLVERSHAMPTON WANDERERS 

MAN UTD tewas 1-2 kepada WOLVES dalam perlawanan pagi tadi sekaligus mencalarkan rekod tanpa kalah MAN UTD & ini adalah peluang untuk team kesayangan aku CHELSEA untuk merapatkan perbezaan mata dengan MAN UTD. Tak sia-sia aku berjaga pagi tadi tengok game ni. Memang puas hati.

To THE BLUES ~ All The Best for today's game Vs Liverfool eh silap Liverpool hahahaha

Wednesday, February 2, 2011

Kau & Aku

Kini jalan cerita kita adalah dua jalan cerita yang berbeza. 
Kau dengan ceritamu dan aku dengan ceritaku. 
Bab terakhir cerita kita nyata tak seindah yang diharapkan. 
Kini tiada lagi Kau & Aku 
Yang tinggal hanya Aku.
 
 
 

Surat Buat Calon Kekasih Masa Depan

Kehadapan Calon Kekasih Masa Depanku,
Yang kini berada di suatu tempat yang aku sendiri tak tahu
Surat ini khusus buat kamu
Coretan dari hatiku yang paling jujur buat kamu

Calon Kekasih Masa Depanku,
Bagaimana agaknya rupa kamu ya? Adakah mungkin setampan Edward Cullen?
Ataupun segagah John Cena?
Ahhhh!!! Aku tak mengimpikan kamu seorang yang kacak, sempurna. Cukuplah sekadar sesedap mataku memandang. Aku tak mahu letak harapan yang tinggi kerna aku khuatir apa yang aku impikan itu berbeda sekali dengan realiti

Duhai Calon Kekasih Masa Depanku,
Mungkin kita pernah ketemu atau mungkin juga tidak pernah lagi tapi aku ingin sekali beritahu kamu yang aku hanyalah gadis biasa yang cuma punya rasa kasih yang menggunung dan cinta seluas semesta buat kamu Mungkinkah itu cukup buat kamu?

Wahai Calon Kekasih Masa Depanku,
aku punya banyak impian yang pingin aku realisasikan bersama kamu
Namun aku tak pasti adakah aku punya kesempatan untuk berbuat demikian
Tapi yang pasti aku tak pernah jemu menunggu kedatangan kamu
Bersama sejambak bunga mawar biru khusus buat aku

Calon Kekasih Masa Depanku,
aku noktah dulu surat buat kamu
Kalau kamu berkesempatan untuk membaca surat ini
Jangan lupa titipkan balasan buat aku. Aku tunggu ye!

salam sayang dari Calon Kekasih Masa Depanmu
Sue M
Kuala Lumpur, 27 Jan 2011, 0020





Tuesday, February 1, 2011

Oh Chelsea! Oh Torres!!!

 Hensem Tak? Bergaya tak mamat Ni??
Gumbira!!!! Teruja!!!! Hebat!!!!!!
Chelsea will be back on TOP!!!!
Keep The Bue Flag Flying High!!!!

Mesir Oh Mesir

Aduhh kalaulah aku ni salah satu daripada ibu bapa pelajar yang terkandas di Mesir haruslah aku pun naik hangin juga dengan Kedutaan dan Kerajaan Malaysia. Kenapalah lambat sangat nak bertindak? Negara-negara seperti India dan Indonesia juga dah mampu hantar bantuan ke Mesir dengan segera. Buletin 1.30 tengahari tadi melaporkan +/- 2,000 orang rakyat India di Mesir telah selamat sampai di Mumbai dengan pesawat Air India.

Bayangkanlah keadaan mereka di sana. Keadaan yang dah diisytihar darurat. Bekalan makanan yang semakin berkurangan, bunyi tembakan di sana-sini dan kesukaran untuk berhubung dengan dunia luar. Lebih-lebih lagi pelajar perempuan tentulah lebih lagi kebimbangan yang ada dalam diri ibu bapa mereka. 

Buletin Utama TV3 tadi laporkan tentang talian di Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia yang tiada jawapan apabila dihubungi oelh wartawan TV3. Macam mana tue? Katanya minta ibu bapa hubungi talian tersebut tapi mana perginya orang-orang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan talian yang dimaksudkan? 

DS Najib maklumkan yang pelajar-pelajar kita akan dibawa keluar dari Mesir dengan menggunakan kapal laut milik TLDM dan akan di pindahkan ke Jeddah bagi memudahkan mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia. Aku berdoa agar usaha kerajaan ini akan berhasil dan pelajar-pelajar ini akan berjaya di bawa pulang ke tanah air dengan selamat.






Thursday, January 27, 2011

HEROMALAYA

Korangggggg.....kalau korang nak jumpa artis2 lelaki Malaysia yang ensem2, kacak2 jom ramai2 esok turun Carefour Wangsa Maju......

Seramai 20 orang artis2 lelaki Malaysia yang bergabung di bawah projek yang digelar HEROMALAYA. Apa yang akan dorang buat kat sana?? Jumaat ni akan bekerja di Carrefour Wangsa Maju dari 3pm - 8pm. Korang datanglah ramai2 bawak mak, bapak, adik, abang, kakak, jiran tetangga, kawan opis, boipren, girlfren, kawan FB, kawan Twitter, Kwn Blogging dan yg sewaktu dengannya le...

Bole jumpa Imran Ajmain, PakNil, Maulana, Iqram Dinzly, Altimet, Adifashla, Zizan Raja Lawak, Kamal Adli, Erry Putra, Cat Farish, Alif Satar dan ramai lagi.....Jom ramai2 kita jayakan projek amal mereka2 ini & to all HEROMALAYA : All The Best & Ganbatte!!!!





'Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011'

Saja gatal2 nak join gak segmen Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011 





Kalau korang nak dapatkan info-info terkini tentang kisah hidup, informasi, peristiwa suka duka, politik, gosip artis, membeli belah, melancong, beriadah, makanan, shopping online, membuat duit secara online di internet dan lain² lagi korang silalah surf blog Anastasyea ni. Guarantee tak rugi punya and sure korang puas hati.

Wednesday, January 26, 2011

Kisah Kau, Aku dan Kamu

 
"Kau dan Aku
adalah kisah semalam. 
Aku dan Kamu 
adalah kisah hari esok, 
Aku sematkan kisah semalam 
jadi replika di muzium hati,
Kau, Aku dan Kamu adalah 
satu kisah yang takkan habis ku baca"
 
 
 


Monday, January 24, 2011

Surat Buat Hatiku

Teruntuk buatmu Hatiku,

Aku sering hati hati bila ingin berkata kata
Kerana khuatir akan melukai Hatiku
Aku sering keliru dengan Hatiku
Saat Hatiku berbolak balik
dengan perasaanku

Hatiku sering disakiti
Hanya kerana Hatiku sangat fragile
Hatiku sering dikhianati
Hanya kerana Hatiku sangat mudah percaya

Apa sebenarnya maumu duhai Hati
Sering tak keruan, sering gusar
Aku jadi pusing terus fikirkan tentang Hatiku
Dan aku jadi tak bisa menerima hati yang lain
 di saat hatiku sendiri tak mampu ku jaga

Aku pingin jadi pencinta Hati selain Hatiku sendiri
Tapi serasa tak mungkin
Biarlah mungkin belum masanya
Jadi biarlah terus begini asal Hatiku gembira






Tuesday, January 11, 2011

Sesi #tanyanajib @ Twitter dan Facebook

Hari ni Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan rumah terbuka di laman Twitter dan Facebooknya. Rumah Terbuka?? Hahahaha maksudnya sesi soal jawab atau Q&A Session khas untuk rakyat Malaysia.

Sesi soal jawab petang tadi diadakan selama 2 jam bermula dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang (pada awalnya sesi ditetapkan dari jam 4.30 hingga 5.30).


Mohd Najib Tun Razak
Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa  
hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan


Melalui sesi soal jawab itu dapat memberi peluang kepada rakyat untuk bertanyakan apa jua soalan kepada PM kita daripada sekecil-kecil isu hinggalah isu-isu yang serius tetapi ada juga pengguna laman sosial ini yang kurang bijak dengan mengajukan soalan-soalan yang kurang cerdik dan juga bahasa yang digunakan agak kesat dan mencerminkan kekurang sopanan rakyat Malaysia.
Mungkinlah mereka-mereka itu tidak menyokong PM tapi sekurang-kurangnya haruslah punya sedikit rasa hormat kepada beliau kerana beliau adalah Perdana Menteri Malaysia unless lah kalau korang-korang tue bukan rakyat Malaysia.






Kes Bakar Kedai Pengantin


Rutin aku tetiap malam adalah menonton siaran BULETIN UTAMA kat TV3. Ada satu berita yang menarik perhatian aku dalam BULETIN UTAMA semalam dan hari ini. Cerita pasal Butik Pengantin yang hangus dibakar di Subang Jaya.

Korang rasa nape eik butik pengantin tue dibakar? Aku rasa orang yg buat kerja tue sebenanrnya dia ada “NIGHTMARE” dengan perkataan PENGANTIN kot. Mungkin dia tue bakal pengantin yang mengalami sindrom “PELAMIN ANGANKU MUSNAH” pasal tue habis dibakarnya butik-butik pengantin ni.

Tapi walau apapun masalahnya pada pendapat aku tindakan orang tue memang tak wajar. Janganlah sebab dia tak jadi kawin habis semua butik-butik pengantin menjadi mangsa hahahaha (mcm kompom je org yg buat tue tak jadi kawin)










Blog Aku Bersawang

Uishhhh lama giler tk update blog....bukan malas tapi sebab banyak sangat halangan2...line internet yg ada problem, lappy aku yg wat hal tak tentu pasal and macam2 hal lagi yg menyebabkan aku tkde mood nk update blog...tension betul..

oklah aku pun tgh tkde idea nak tulis apa...nanti2 klu idea tue datang aku update lg k......