Pages

saranghae

saranghae

Saturday, September 24, 2016

Andainya Takdir



Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 

Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu 

Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka oh biar berlalu 



Pssttttt! Sedih MV & lirik lagu ni. Tapi apa pun CikSue paling suka part "Biarlah Lompang hatiku ini, mengharap pulang kau yang pergi".









Saturday, June 28, 2014

Ucapan Selamat Berpuasa daripada Kim Jong Kook #runningman #malaysia




Daebak!!!! Kookie ucap selamat berpuasa dalam Bahasa Melayu. Gumowa oppa! 

Yeaayyyyyy!!! Esok Puasa


Hoohohoho sekejapan je dah setengah tahun Tau2 esok dah puasa. Alhamdulilah masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan kali ni. Ciksue nak share niat puasa manalah tau ada yg dah terlupa.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa uolss. Semoga Puasa kita diberkati oleh Allah SWT dan mohon ampun salah dan silap. Maaf Zahir Batin.



Wednesday, May 14, 2014

Raja Jatuh Cinta #AkuJatuhCinta



Lagu ni sebenarnya lagu lama. Lagu Kumpulan Numata. Aku suka sangat dengar lagu ni sebab muzik yang sangat relax. Bila otak tengah jammed layan lagu ni memang best. Anyway, lagu-lagu Numata banyak yang best2. Cuba korang layan lagu Pesona dengan Begini Begitu. Memang best. Muzik dorang ni unik. 

Numata ada album baru ke eik?



Sunday, March 23, 2014

Ehhh!! Kami Dah 3 Tahun??






Happy Our 3rd Anniversary Sayang!!!!!!





Monday, October 28, 2013

Hong Kong-Macau-Disneyland Trip Part III

19hb Mei 2013 (Ahad)

Pukul 6 pagi aku dah bangun. Siap2 mandi dan breakfast. Breakfast maggi aje pun. Hari ni kitorang akan berada seharian di Macau. Okey sebelum aku sambung cete, Geng Bas Sekolah yang lain2 semalam berjalan sakan uollssss. Pukul 11 lebih baru dorang balik hotel. Iollssss jeles!!!!



Ok sambung cete. Pukul 7.30 kitorang dah siap2 tunggu Mr. Yap kat lobi hotel. oh ya! Mr. Yap adalah ejen yang uruskan trip ke Macau. Bas memang punctual. Pukul 7.45 dah sampai. Selain daripada group weollssss ada dalam 7 orang lagi tourist masing-masing dari Philipine, Mexico dan Taiwan.






Mr. Yap uruskan pembelian tiket pergi dan balik. Kemudian selesai urusan di imigresen weolsss pun gerak naik feri ke Macau.Kitorang naik feri dari hentian di Kowloon. Perjalanan dari Kowloon ke Macau mengambil masa lebih kurang 1 jam. Feri ni selesa.

Sampai je kat Macau, wakil dari travel agent dah tunggu kitorang. Naik bas. Terus dia bawak we olls semua pusing2 kat old Macau. Melawat apa yang patut. Lunch dia bawak rombongan we olls makan buffet kat hotel. Dia siap cakap dengan kitorang lunch no pork. can eat chicken, fish. Gila ko nak makan ayam.



Dah lepas lunch ada ahli dalam rombongan kitorang yang nak gi berjudi. Sapa yang taknak gi berjudi tue guide tu akan bawak ke factory outlet tapi geng bas sekolah decide nak ke Taipa coz we olls nak ke City of Dream atau lebih tepatnya nak ke kedai Hard Rock Hotel Macau. Masa tak banyak. Kitorang decide nak amik teksi tapi drebar teksi tak boleh berbahasa inggeris so dorang tak faham apa yang kitorang cakap so kitorang pun mintak tolong staff kat hotel apa tah untuk arrangekan van untuk kitorang. Sewa van tue dalam HKD500.



Inilah dia van kitorang sewa tue. Drivernya perempuan cina yang tak tau berbahasa inggeris.

Shopping sepantas yang mungkin di HR Hotel then terus shoot ke Jeti Terminal sebab kitorang amik feri pukul 5 petang. Perjalanan balik ke HK semua pun senyap sebab kepenatan. Sampai di Terminal Feri Kowloon, Mr Yap dah tunggu untuk hantar kitorang balik ke hotel. Kitorang excited tunggu esok pagi coz nak meneroka ke DISNEYLAND!!!!!!

Well tunggulah bila free akan sambung penerokaan ke Disneyland...........




Sunday, July 28, 2013

My 1st Experiment - Puding Kastard Jagung

This is my first entry kot during Ramadhan. Bukan taknak update blog tapi Ramadhan kali ni agak busy berbanding Ramadhan2 yg sebelum ni and Ramadhan kali ni aku agak rajin bereksperimen membuat kuih-muih melayu tradisional.

Entry kali ni aku nak share resepi Puding Kastard Jagung yang aku try buat baru-baru ni. 1st time try and menjadi memang semangatlah aku nak buat lagi kan. Resepi aku google then jumpa kat blog Dari Dapur Madihaa thx to blog owner yang berbaikhati mengsharekan resepi tersebut. 



Ini resepinya

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan:

1 tin jagung creamy
1 tin susu cair - Aku guna brand F&N
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad (aku guna jenama Nona)

Cara-cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil hinggalah masak (kental & berkilat)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Biarkan di luar sebentar dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dikeraskan kemudian barulah dipotong.


Senang sangat buatnya dan sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa.



Selamat Mencuba!!!!!!