Pages

saranghae

saranghae

Monday, February 14, 2011

Erti Sahabat


Erti Sahabat adalah seperti cat yang mewarnai kehidupan kita dari yg hanya hitam putih menjadi lebih berwarna
Erti Sahabat adalah orang yg kamu sakiti dan juga memaafkanmu dalam waktu yang sama
Erti Sahabat adalah orang yang tetap mencintaimu di saat kamu merasa tidak dicintai; yang tetap di sampingmu di saat kamu merasa sendiri
Erti sahabat adalah mereka yg tahu kelemahanmu, namun menunjukkan kekuatanmu. 
Mereka yg merasakan ketakutanmu, namun menunjukkan keberanianmu
Erti Sahabat adalah mereka yg selalu ada di sampingmu, ketika kamu sakit tuk melihat ke belakang atau takut tuk melihat ke depan
Erti Sahabat adalah bukan tentang siapa yangg paling lama berada dekat denganmu tapi siapa yg mengerti dirimu melebihi dirimu sendiri
Erti Sahabat adalah mereka membenarkan yang benar, menyalahkan yang salah, selalu memberikan yang terbaik
Erti Sahabat adalah mereka yang menyediakan waktu, telinga, dan pelukan ketika kita memerlukannya
Erti Sahabat adalah mereka yang mengerti masa lalumu, percaya pada masa depanmu, dan menerima kamu apa adanya


Sumber dari : Twitter Pepatah 








Friday, February 11, 2011

Taaaadaaaaaaaaaa!!!!!! Penyertaan Contest Pertamaku Kehkehkeh

First time nak join contest dan seumur hidup aku berblogging nilah kali pertama aku join contest. Sebab apa aku nak join contest ni? entah aku pun tk tahu. Penganjur contest nye FiqKBE

Puas le aku geledah lappy aku ni nak cari my splash moment picture untuk di hantar ke contest ni at last aku jumpa picture yang kiut miut ini

hahaha ini picture anak buah aku yg paling latest sekali Izzati Ameelia (3 bulan). Picture ni first time dia mandi pool. Lokasi : kat Citrus Hotel KL. Oleh kerana aku ni buta bab edit mengedit so terima jelah picture yang suci lagi masih dara ini ngehngehngeh

Korang kalau nak tahu terms & conditions utk contest ni klik je kt SINI atau kt TERMS & CONDITIONS bwh banner ni

Terms & conditions
Satu lagi syarat contest ni akukena tag at least sorang rakan blogger hmmmm....sape eik aku nak tag...jap pikir jap eik.....oklah aku tag Cik Puan Anastasyea sebab aku rasa aku nak tag le huhuhu.....

Sahabat Untuk Aku


Tak semua orang boleh dipanggil Sahabat. Sahabat itu adalah seseorang yang paling istmewa dalam hidup kita, yang menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka, yang memahami kita, yang bersedia menegur kesilapan kita, yang takkan membiarkan kita sendirian menjalani dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Untuk mdapat sahabat yang baik kita sendiri pun kena pastikan yang diri kita mampu menjadi sahabat yang baik 






COACH For Sale

COACH Shoes
Size 6
RM200 (not include postage)

Korang kalau ada yg berminat beli bagitau aku eik. Ada sepasang je lagi.

Sunday, February 6, 2011

Aku baru belajar guna TUMBLR

Aku baru belajar berjinak-jinak dengan TUMBLR. Korang kalau ada TUMBLR sudi-sudilah follow aku nanti aku follow korang balik. Best gak guna TUMBLR ni tapi banyak yang AKU masih tak tau lagi.




MAN UTD Kalah???? Betul ke???

Pagi yang menggembirakan buat aku hari ini apabila melihat KEKALAHAN team pendahulu liga MANCHESTER UNITED kepada team yang TERCOROT dalam kedudukan liga 
WOLVERSHAMPTON WANDERERS 

MAN UTD tewas 1-2 kepada WOLVES dalam perlawanan pagi tadi sekaligus mencalarkan rekod tanpa kalah MAN UTD & ini adalah peluang untuk team kesayangan aku CHELSEA untuk merapatkan perbezaan mata dengan MAN UTD. Tak sia-sia aku berjaga pagi tadi tengok game ni. Memang puas hati.

To THE BLUES ~ All The Best for today's game Vs Liverfool eh silap Liverpool hahahaha

Wednesday, February 2, 2011

Kau & Aku

Kini jalan cerita kita adalah dua jalan cerita yang berbeza. 
Kau dengan ceritamu dan aku dengan ceritaku. 
Bab terakhir cerita kita nyata tak seindah yang diharapkan. 
Kini tiada lagi Kau & Aku 
Yang tinggal hanya Aku.
 
 
 

Surat Buat Calon Kekasih Masa Depan

Kehadapan Calon Kekasih Masa Depanku,
Yang kini berada di suatu tempat yang aku sendiri tak tahu
Surat ini khusus buat kamu
Coretan dari hatiku yang paling jujur buat kamu

Calon Kekasih Masa Depanku,
Bagaimana agaknya rupa kamu ya? Adakah mungkin setampan Edward Cullen?
Ataupun segagah John Cena?
Ahhhh!!! Aku tak mengimpikan kamu seorang yang kacak, sempurna. Cukuplah sekadar sesedap mataku memandang. Aku tak mahu letak harapan yang tinggi kerna aku khuatir apa yang aku impikan itu berbeda sekali dengan realiti

Duhai Calon Kekasih Masa Depanku,
Mungkin kita pernah ketemu atau mungkin juga tidak pernah lagi tapi aku ingin sekali beritahu kamu yang aku hanyalah gadis biasa yang cuma punya rasa kasih yang menggunung dan cinta seluas semesta buat kamu Mungkinkah itu cukup buat kamu?

Wahai Calon Kekasih Masa Depanku,
aku punya banyak impian yang pingin aku realisasikan bersama kamu
Namun aku tak pasti adakah aku punya kesempatan untuk berbuat demikian
Tapi yang pasti aku tak pernah jemu menunggu kedatangan kamu
Bersama sejambak bunga mawar biru khusus buat aku

Calon Kekasih Masa Depanku,
aku noktah dulu surat buat kamu
Kalau kamu berkesempatan untuk membaca surat ini
Jangan lupa titipkan balasan buat aku. Aku tunggu ye!

salam sayang dari Calon Kekasih Masa Depanmu
Sue M
Kuala Lumpur, 27 Jan 2011, 0020





Tuesday, February 1, 2011

Oh Chelsea! Oh Torres!!!

 Hensem Tak? Bergaya tak mamat Ni??
Gumbira!!!! Teruja!!!! Hebat!!!!!!
Chelsea will be back on TOP!!!!
Keep The Bue Flag Flying High!!!!

Mesir Oh Mesir

Aduhh kalaulah aku ni salah satu daripada ibu bapa pelajar yang terkandas di Mesir haruslah aku pun naik hangin juga dengan Kedutaan dan Kerajaan Malaysia. Kenapalah lambat sangat nak bertindak? Negara-negara seperti India dan Indonesia juga dah mampu hantar bantuan ke Mesir dengan segera. Buletin 1.30 tengahari tadi melaporkan +/- 2,000 orang rakyat India di Mesir telah selamat sampai di Mumbai dengan pesawat Air India.

Bayangkanlah keadaan mereka di sana. Keadaan yang dah diisytihar darurat. Bekalan makanan yang semakin berkurangan, bunyi tembakan di sana-sini dan kesukaran untuk berhubung dengan dunia luar. Lebih-lebih lagi pelajar perempuan tentulah lebih lagi kebimbangan yang ada dalam diri ibu bapa mereka. 

Buletin Utama TV3 tadi laporkan tentang talian di Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia yang tiada jawapan apabila dihubungi oelh wartawan TV3. Macam mana tue? Katanya minta ibu bapa hubungi talian tersebut tapi mana perginya orang-orang yang bertanggungjawab untuk mengendalikan talian yang dimaksudkan? 

DS Najib maklumkan yang pelajar-pelajar kita akan dibawa keluar dari Mesir dengan menggunakan kapal laut milik TLDM dan akan di pindahkan ke Jeddah bagi memudahkan mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia. Aku berdoa agar usaha kerajaan ini akan berhasil dan pelajar-pelajar ini akan berjaya di bawa pulang ke tanah air dengan selamat.