Pages

saranghae

saranghae

Tuesday, August 24, 2010

Familyku

Pic ni actually dah lama nak upload tp biasalahkan aku memang salu slow bab2 upload ni. Pic ni taken time family holiday aritue. Alah bkn gi mana pun gi PD je. We all stay kat Bayu Beach Resort.

Sekali sekala dpt bercuti dgn family mmg best. Lagi2 family aku ramai. Memang happening le ditambah lagi dgn keletah anak2 sedara aku.

punyalah enjoy dorang main pasir
yang ni ayahanda dan bondaku yg tersayang
Adam kena tanam
sangat comel
semuanya memang hantu swimming pool


semua dah penat main pasir dan swimming pool ptg tadi


balik dari PD we all gi makan kat Restoran ni. Makanan sangat sedap tp org sangat ramai. Lokasi Cyberjaya.
terpaksa duduk 2 table sebab we all ramai


Barbican. Sangat sedap especially minum sejuk. Ada mcm2 flavor.




Tauhu dan khasiatnya


Tauhu atau tofu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. Isoflavon yang terdapat di dalam tauhu merupakan sumber fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat pengurangkan risiko pengembangan kanser prostate sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya. 


So kalau kita banyak makan tauhu kemungkinan untuk mendapat penyakit kanser adalah rendah. Jadi apa tunggu lagi jomlah kita banyak2 makan tauhu lagipun tauhu murah dan sangat mudah didapati.




Tauhu Bakar dengan Kacang


Semalam berbuka makan Tauhu goreng dgn kacang. Respi ni aku cari di internet then aku modified. Inilah hasilnya. Sedap tak caya trylah. Simple je bahan-bahan and cara nak buat.

Bahan-bahan

2 keping tauhu
1/4 biji timun
sedikit taugeh
kacang tanah (ditumbuk dan jangan terlalu hancur)

Bahan-bahan untuk sos

1 sudu cili kisar
1 sudu gula
secubit garam
sedikit air asam jawa

Cara penyediaan

1. Tauhu dipotong ikut suka. lumurkan sedikit garam dan dibakar.
2. Campurkan bahan-bahan untuk sos dan masak di atas dapur
3. Tauhu yang telah siap dibakar, disusun di dalam pinggan dan ditaburkan timun yang telah dipotong dan juga taugeh.
4. Tuangkan sos di atasnya dan taburkan kacang tumbuk.



Friday, August 20, 2010

RESEPI AYAM STEAM BERSAMA JAPANESE TOFU


Bahan-bahannya

1 keping Japanese tofu (dipotong)
1 potong ayam (dipotong kecil kecil)
1 tangkai daun bawang
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
sedikit garam
sedikit oregano
bawang goreng (ditabur selepas hidangan masak)

Cara-cara penyediaan
Semua bahan-bahan dimasukkan di dalam pinggan dan kemudian di kukus lebih kurang 15 minit.
Setelah siap, taburkan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan.

*Bahan2 anggaran utk 1 org makan
 

P/S : Resepi ni aku reka-reka sendiri aje. Nak pelbagaikan mennu. Almaklumlah tgh diet intensif sekarang ni hahahahaha (poyo le Ciksue)


Selamat mencuba



Thursday, August 19, 2010








Saja upload pic time birthday my fren - Kak Fion. Actually dia tak taupun we all arrange suprise party for her hehehehehe yg paling best tu kitorang berpakat dengan Sabhi Saddi. Sproting le bro! Yang kelakar tue kitorang siap tipu kak fion lagi kata ada meeting kat Lay Pak. Dia kena attend rupa2nya jemg!jeng!jeng! Suprise!!!!


Wednesday, August 18, 2010

Lagi kes buang bayi grrrrrrrrrrrrrr.........

Tadi dalam Buletin 1.30 ada lagi kisah buang baby. Eiiiiiii geramnya aku dgn orang2 yang buang baby nilah. Takde sifat perikemanusiaan langsung dalam diri tue. Sebelum buat sesuatu  taknak fikir dulu keburukan dan kebaikan daripada perbuatan mereka. Apalah dosa baby tue lahir dan dibuang. Mak bapak yang buat dosa baby lak yang jadi mangsa. 


Inilah akibatnya kalu ikut bisikan syaitan. Masa buat tak fikir bila dah beranak baru kelam kabut nak cari penyelesaian. Akhirnya baby yang tak berdosa jadi mangsa. Dibuang macam sampah. Yang lagi sadis baby lahir sihat lepas tue dibunuh pulak. Dahlah dosa berzina tambah lak dosa membunuh. Nauzubillah....Ya Allah! kau jauhkanlah keluargaku dari perkara2 yang kau murkai Ya Allah!!!





Harry's Goodbye - My Favorite scene



Scene favorite aku dari filem terbaik ARMAGEDDON. Aku suka sangat scene ni. Sedih. Rasa tak puas tengok walaupun dah berulangkali aku tengok. Yg paling best is even tough aku dah tengok banyak kali tapi tetap menangis k (Ciksue memang 'cengeng' huhuhu...)


Entry Pertama

Entry pertama aku di blog baru. Sebelum ni aku dah memang ada blog tapi aku rasa macam dah bosan dengan blog tue so aku pun ambil keputusan untuk buat blog baru. Hehehehe.....yang sebenarnya gatal tangan....tapi betullah blog lama aku tue aku rasa macam serabut sangat.....

Hari ni genap 8 hari umat islam berpuasa. Setakat ni alhamdulilah puasa aku masih penuh lagi. Kalau penuh sebulan pun bagus gak bukannya apa aku ni sebenarnya malas nak ganti puasa hehehehe.....tapi puasa kali ni aku rasa best sangat sebab aku dapat control pemakanan aku (yelah tue Ciksue)....yang sebenarnya aku skang ni tgh berdiet di bawah pengawasan huhuhuhu xpelah demi kesihatan. Actually aku dah start daripada bulan 7 ari tue....hmmmm hopefully tercapailah target.....

Yang ni pic ikan bakar yang aku beli kat Param Jalan Kuching...memang terbaik le ikan bakar ni. oklah nanti aku update lagi. Nak mekapkan blog sat.