Pages

saranghae

saranghae

Tuesday, August 24, 2010

Tauhu dan khasiatnya


Tauhu atau tofu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. Isoflavon yang terdapat di dalam tauhu merupakan sumber fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat pengurangkan risiko pengembangan kanser prostate sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya. 


So kalau kita banyak makan tauhu kemungkinan untuk mendapat penyakit kanser adalah rendah. Jadi apa tunggu lagi jomlah kita banyak2 makan tauhu lagipun tauhu murah dan sangat mudah didapati.





No comments:

Post a Comment